Isu Panas
Like

Azizul puas hati sambutan di PRK Tanjong Datu

February 18, 2017
47 Views
0 Comments
1 minute read
Azizul puas hati sambutan di PRK Tanjong Datu

LUNDU – Anak calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, beliau amat berpuas hati dengan sambutan orang ramai sepanjang tempoh beliau berkempen bagi pihak ibunya Datuk Amar Jamilah Anu.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatiannya, ramai penduduk di sekitar Dun ini merasai kehilangan dan amat merindui arwah bapanya Ketua Menteri Sarawak ke-lima Tan Sri Adenan Satem.

Katanya saat paling sayu ketika berkempen ialah ketika orang ramai atau majlis tertentu berhenti bertafakur sejenak sebagai tanda menghormati Allahyarham Adenan.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya Adenan, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Jamilah, yang merupakan balu Adenan, calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.

Azizul yang ditemui di SJK Chung Hua di sini semasa meninjau perjalanan proses mengundi pagi ini seterusnya menyuarakan keyakinan pengundi Tanjong Datu akan membuat pilihan tepat, untuk terus bersama dengan kepimpinan semasa.

– Bernama

Komen & Pendapat

Leave a Reply