Sukan Hari Ini

Azizulhasni Bersedia Untuk ACC Di New Delhi

Sepang: Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang, sudah bersedia kembali menggalas cabaran negara untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi.

Walaupun kali terakhir tampil kompetitif di Olimpik Rio Ogos lalu serta cuti yang panjang, The Rocket Pocketman mengakui berada pada tahap terbaik.

“Saya baru saja kembali menjalani rutin seperti biasa selepas Olimpik Rio dan bercuti.

“Bagaimanapun saya agak teruja berdasarkan catatan masa serta kayuhan ketika latihan. Kebiasaannya awal musim lebih tertumpu kepada mencari rentak namun musim ini berbeza.

“Saya merasakan berada pada kondisi terbaik ketika ini. Saya tidak tahu puncanya namun mungkin sebab motivasi kejayaan Rio selain di ranking nombor satu dunia. Jadi saya meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya membawa pulang sebutir pingat emas,” kata pemenang gangsa keirin Olimpik Rio itu, dipetik dari Harian Metro.

Atlet berusia 29 tahun itu dijadualkan menyertai keirin dan pecut individu di ACC.

Jelas Azizulhasni, dia turut mahu menambah pingat emas yang diraihnya pada pentas Asia itu.

Bagi pecut individu, dia meraih emas pada edisi 2008, 2009 dan 2014 manakala 2007, 2008 dan 2015 bagi keirin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");