Berita Hari Ini

Bahan Kimia Punca Kematian Jong Nam Dikenalpasti

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam sebagai agen saraf VX.

Beliau berkata, Pusat Analisis Senjata Kimia di Jabatan Kimia telah melakukan ujian awal untuk mengenal pasti jenis bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan itu.

“Pusat itu melakukan calitan kering pada mata dan muka mangsa.

“Bahan kimia itu telah dikenal pasti sebagai VX-Nerve Agent (agen saraf VX),” kata Khalid, lapor mstar.

Tambahnya VX diklasifikasikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Akta Konvensyen Senjata Kimia 1997.

“Ekshibit lain masih dianalisis,” katanya.

Menurut Wikipedia, VX merupakan salah satu agen saraf yang paling terkenal dan toksik dalam agen saraf siri-V.

Agen saraf merupakan bahan kimia yang paling beracun dan cepat bertindak di antara bahan kimia yang digunakan dalam peperangan kimia.

Nama kimia gas VX ialah O-ethyl-S-[2 (diisopropylamino)ethyl] methylphosphonothiolate dan formula molekulnya ialah C11H26NO2PS.

VX menyerupai racun serangga yang dikenali sebagai racun serangga “organophosphate” dalam cara VX bertindak dan kesan racunnya; bagaimanapun agen saraf adalah lebih beracun daripada racun serangga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");