Isu Panas

‘Baik sertai blok ketiga, Kekuatan Pembangkang Meningkat’

KOTA BHARU:Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga.

Malah tambahnya jika kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi menumbangkan BN dalam PRU14 juga akan lebih terbuka.

“Jika dua parti itu bersama dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) yang diterokai Pas ketika ini kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda berbanding Pakatan Harapan.

“Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Amanah untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Ikatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Mengulas pula mengenai kerjasama antara Bersatu dan Pas selepas pertemuan di antara kedua-dua pemimpin itu dibuat, Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat mengenai permuafakatan antara kedua parti itu.

“Kita belum ada keputusan rasmi, pertemuan sebelum ini lebih kepada berbincang bagi memberikan pandangan dan cadangan, jadi keputusan sama ada ada kerjasama atau tidak ia akan dinilai oleh Pas Pusat kemudian diangkat oleh Majlis Syura.

“Memang semua orang akan suka jika ada kerjasama, tetapi kita ada penilaian sendiri, tidak boleh ikut orang sebab kalau ikut ada yang suruh Pas masuk Pakatan Harapan dan berbaik dengan DAP, tetapi kita ada pendirian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yakin Kerajaan Kelantan mampu dipertahankan sekali gus meneruskan penguasaan parti itu dalam PRU14 nanti.

“Kita yakin dapat pertahankan Kelantan, rasa keyakinan kita lebih tinggi dari kebimbangan, walaupun Amanah nampak agresif,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");