Sukan Hari Ini

Baiki kesilapan: Wanderley

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Kuala Lumpur Wanderley Junior menyifatkan aksi malam kelmarin bukan berpihak untuk barisan pemainnya selepas sekadar seri 1-1 ketika bertemu UiTM FC pada aksi Liga Perdana.

Jelas Wanderley, beliau sememangnya mengharapkan anak buahnya dapat meraih tiga mata penuh untuk memenuhi impian melakar kemenangan ketiga berturut-turut, namun UiTM FC mempamerkan aksi cukup bertenaga.

“Saya lihat pemain sudah mencuba bersungguh-sungguh meraih tiga mata penuh tapi akhirnya ia bukan hari kami.

“UiTM mempamerkan semangat melawan baik dan secara peribadi saya harus memberi pujian kepada mereka.

“Harap segala kesilapan dilakukan pada perlawanan ini tidak akan diulangi untuk aksi seterusnya,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Anak buah Wanderley ketinggalan pada minit ke-49 selepas tonggak import UiTM Akanni Sunday Wasiu meledak gol, namun Guilherme De Paula melegakan kem Kuala Lumpur dengan gol penyamaan minit ke-80.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");