Isu Panas
Like

Balu Adenan Satem Calon PRK Tanjong Datu

February 1, 2017
333 Views
0 Comments
1 minute read
Balu Adenan Satem Calon PRK Tanjong Datu

KUCHING: Barisan Nasional (BN) telah memilih balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini pada Rabu.

“Saya menyatakan perkara ini kepada Puan Sri dan beliau menyatakan persetujuan untuk menjadi calon,” kata Amar Abang Johari, lapor mstar.

Beliau turut berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersetuju dengan pencalonan itu.

Menurut Amar Abang Johari yang juga merupakan pengerusi BN Sarawak, Jamilah, 62, merupakan pilihan paling sesuai memandangkan beliau sering berada di sisi Adenan ketika Allahyarham bergelar sebagai ADUN di Muara Tang dan Tanjong Datu.

“Jamilah sangat aktif dan sering turun ke padang untuk membantu Tok Nan,” katanya.

Bagaimanapun Jamilah tidak hadir ketika pengumuman itu dibuat.

Kerusi Parlimen Tanjong Datu menjadi kosong susulan kematian Adenan pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Dalam Pilihan Raya Negeri pada Mei lalu, Adenan mengekalkan kerusi tersebut dengan kemenangan majoriti 5,892 undian untuk mengalahkan wakil PKR, Jazolkipli Numan yang hanya memperoleh 468 undi.

Tarikh penamaaan calon ditetapkan pada Sabtu ini manakalan PRK Tanjong Datu akan diadakan pada 18 Februari depan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply