Perak Hari Ini

Bangunkan Tanah Milik Pos Malaysia, Kerajaan Negeri Sedia Berbincang

PANGKOR : Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) diberikan ruang untuk berbincang dengan kerajaan negeri dalam usaha bagi membangunkan tanah-tanah milik badan korporat itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan perbincangan dengan Pos Malaysia bagi membangunkan tanah-tanah tersebut untuk kegunaan rakyat.

“Contohnya, jika sebelum ini ada tanah yang dimiliki oleh Pos Malaysia dibangunkan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan tetapi selepas Pos Malaysia menjadi badan korporat, kawasan tersebut diminta agar dikosongkan.

“Oleh yang demikian, saya berharap pihak Pos Malaysia akan datang berbincang dengan kerajaan negeri dalam kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat,”katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Alamat Untuk Semua (AFA) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh , dan Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, beliau telah mengadakan perbincangan tidak langsung dengan Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkaitan hal gangguan jalur lebar di negeri ini.

“Saya mengharapkan agar dari segi pendekatan yang lebih aktif antara SKMM dan kerajaan negeri dapat dilakukan.

“Ini memandangkan, keadaan geografi di Perak yang panjang dan besar dan menyebabkan berlakunya gangguan tertentu di beberapa kawasan. Perkara ini perlu diselesaikan demi kepentingan rakyat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");