Perak Hari Ini

Banjir Di Perak: Pusat Pemindahan Terakhir Ditutup

IPOH:Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Banjir di Sekolah Agama Padang Serai telah ditutup sepenuhnya pada 12 tengah hari tadi.

Ia merupakan pusat pemindahan sementara yang terakhir masih beroperasi di daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Manjung (JPBBD),Mohamad Fariz Mohamad Hanip dalam satu kenyataan ringkas menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu mangsa semasa berada di pusat pemindahan.

Terdahulu jumlah mangsa banjir di Kampung Padang Serai di Beruas mencatatkan penurunan kepada 89 orang setakat 8 pagi Isnin tadi berbanding 93 orang pada malam Ahad.

Difahamkan mereka berada di pusat pemindahan tersebut sejak dua minggu lepas akibat terjejas dengan ‘banjir termenung’ berikutan air yang bertakung tidak dapat mengalir keluar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");