Sukan Hari Ini

Banyak Lagi Perlu Dibuat

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu Irfan Bakti Abu Salim mengakui masih banyak perlu dilakukan pasukannya jika ingin mara lebih jauh selepas menang kali kedua berturut-turut, mengatasi MISC-MIFA 2-1 malam kelmarin.

Sebelum perlawanan itu, skuad Penyu dilihat tidak mempunyai masalah mengutip tiga mata, namun skrip berbeza dipamerkan apabila lawan bijak mengimbangi aksi sehingga pemain tuan rumah bagaikan kekeringan idea untuk menembusi benteng pelawat dengan babak pertama berakhir tanpa jaringan.

“Apa saya nampak bukan senang untuk kami menang walaupun MISC-MIFA tewas dua kali berturut-turut dalam aksi liga sebelum ini.

“Jika kita lihat pada babak pertama pemain lawan berkampung di kawasan sendiri dan keadaan ini sudah pasti menyukarkan kami untuk melakukan percubaan.

“Namun pada babak kedua, saya arahkan pemain lebih banyak bergerak dan mencipta peluang selain tidak hanya mengharapkan jentera serangan untuk menjaringkan gol,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Bagaimanapun menurutnya bagi memantapkan corak permainan pasukan dan pemain, mereka perlu melipatgandakan latihan apatah lagi perjalanan liga masih panjang.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu itu, Terengganu terpaksa bermandi peluh sebelum menang hasil dua gol pemain import kelahiran Uzbekistan Lutfulla Turaev manakala pelawat memperoleh jaringan menerusi Micheal Ijezie Chukwubunna.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");