Sukan Hari Ini

Barca Intai Mesut Ozil

BARCELONA kini dikatakan sedang merisik pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil.

Memetik laporan El Confidencial, Barcelona juga dikatakan telah bercakap dengan ejen Ozil mengenai potensi perpindahan ke Nou Camp.

Pasukan itu merasakan pemain itu adalah paling sempurna dan sesuai dengan corak permainan mereka, justeru mereka mahu membawa masuk Ozil dalam skuad utama.

Bayern Munich juga dilaporkan berminat, tetapi Ozil tidak mahu kembali ke Bundesliga semula.

Begitu juga dengan Real Madrid yang sedang merancang mendapatkan khidmat pemain tengah itu di Bernabeu.

Sementara itu, Arsenal cuba untuk mengikat Ozil untuk satu kontrak baharu.

Kontrak semasanya akan tamat pada musim panas tahun 2018 dan Arsenal dikatakan mahu terus mengekalkan pemain yang berharga £42 juta itu lebih lama.

Tetapi minat yang ditunjukkan dari tiga kelab besar Eropah boleh merumitkan sebarang perbincangan antara bintang Jerman itu dengan pegawai tertinggi di Emirates.

Ozil juga menuntut gaji lebih dari £200,000 seminggu untuk terus kekal bersama Arsenal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");