Sukan Hari Ini

Bastia dihukum kerana hina Balotelli

PARIS: Kelab Ligue 1 Perancis, Bastia dihukum berikutan kesalahan perkauman yang disasarkan terhadap penyerang Nice, Mario Balotelli ketika kedua-duanya berentap, bulan lalu.

Memetik sumber AFP, Suruhanjaya disiplin liga Perancis memotong satu mata Bastia, penggantungan dan mengarahkan kelab itu untuk menutup kawasan tempat duduk di bahagian timur stadium mereka bagi tiga perlawanan di laman sendiri.

Ia susulan tindakan sebahagian penyokong kelab itu yang membuat bunyi seperti monyet ketika aksi bertemu Nice sebelum ini yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

“Jadi adakah perkauman bukan satu kesalahan di Perancis? Atau hanya di Bastia? Bola sepak adalah sukan yang menakjubkan, orang seperti penyokong Bastian menjadikannya sesuatu yang dahsyat! Amat memalukan,” kata Balotelli dalam laman sosial Instagram miliknya selepas aksi 21 Januari lalu di Corsica.

Bastia pada mulanya berkata mereka “terkejut” dengan dakwaan pemain dari Itali itu sebelum mengakui “beberapa” peminat mereka melakukan serangan perkauman terhadap penyerang itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");