Membawang Hari Ini

Bau Awal Buat Scha Jatuh Cinta

KUALA LUMPUR: Pastinya ada sebab disebalik pemilihan produk wangian oleh pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya sebagai rangkaian perniagaan terbaharu mereka.

Berkongsi rahsia, Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 33, memberitahu produk wangian adalah pengikat kasih antara dirinya dan suami.

“Kami cukup meminati produk wangian. Ia memberi nilai sentimental yang menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri.Wangian yang membuatkan saya tertarik dengan Awal.

Ia meninggalkan impak hingga hari ini.

“Masih segar bau wangian yang Awal gunakan ketika kami mula bertemu hingga membuatkan saya mahu mengenalinya dengan lebih dekat,” katanya memetik sumber Berita harian.

Pasangan suami isteri itu berkongsi projek terbaharu iaitu pelancaran produk wangian untuk lelaki dan wanita sebagai pelaburan masa depan.

Menurut Scha, wangian Maroon daripada Scha memberi sentuhan feminin dan mewujudkan sensasi tersendiri. Bleu daripada Awal pula adalah wangian maskulin yang menggabungkan pelbagai jenis tumbuhan.

“Produk Bleu dan Maroon dikeluarkan sebanyak 20,000 dan bakal dipasarkan melalui media sosial,” katanya.

Selain itu, pasangan pengacara dan pelakon itu turut mengumumkan penubuhan syarikat baharu, Lawa Events Kuala Lumpur yang menawarkan khidmat penganjuran majlis dan acara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");