Jenayah

Bayi dikelar ibu selamat dikebumikan

TUMPAT: Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik di sini mengiringi pengebumian bayi yang dipercayai maut dikelar ibunya.

Jenazah Nur Areesa Sofia Jiry, dua bulan selamat dikebumikan pada jam 3.20 pagi tadi selepas dibedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Memetik sumber Berita harian, pengebumian dilakukan oleh anggota tentera dari Kem Desa Pahlawan bersama beberapa penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam, bayi malang itu dipercayai dikelar ibunya berusia 32 tahun, di kuarters tentera di Kok Lanas, di sini.

Terdahulu dalam kejadian tersebut mangsa dikelar di kiri leher dengan pisau pemotong sayur dan kejadian itu disedari seorang jiran yang kemudian menghubungi polis.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di rumah nenek mangsa di sini pada jam 2.55 pagi oleh penduduk kampung termasuk 30 anggota 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang diimamkan oleh Staf Sarjan Mohd Arif Abdullah.

Yang turut hadir di tanah perkuburan adalah bapa mangsa, Koperal Jiry Jaidin serta anak sulungnya, Amera Nur Hafeza, 11.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");