Jenayah

Bayi Dua Bulan Maut, 4 Parah

JASIN: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut manakala empat ahli keluarga yang lain parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pikap di Jalan Rim, di sini, malam tadi.

Adif Irsyad Nurul Firdaus meninggal dunia dalam perjalanan dari Hospital Jasin (HJ) ke Hospital Melaka (HM) akibat cedera parah di kepala dalam nahas itu kira-kira jam 9.15 malam.

Ibu bayi itu, Harniza Yaakob, 30; nenek, Nymoh Kadir, 50-an; bapa saudara, Mohd Faiz Yaakob, 20-an, dan kakak sulungnya, Qaireen Irdina, enam tahun, parah dalam kemalangan itu.

Lima sekeluarga itu dikatakan dalam perjalanan ke rumah mereka di Felda Bukit Senggeh, Nyalas dengan menaiki kereta Proton Wira selepas membeli-belah di bandar Jasin.

Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Mohd Faiz merempuh sebuah pikap jenis Toyota Hilux yang dipercayai tiba-tiba membuat pusingan U.

Akibat daripada pelanggaran itu, bayi terbabit dipercayai tercampak dari pangkuan ibu yang berada di tempat duduk hadapan.

Sementara itu, bapa bayi, Nurul Firdaus Nisman, 33, berkata semua ahli keluarga yang cedera termasuk bayi yang juga anak bongsunya itu dibawa ke HJ untuk rawatan.

“Anak bongsu saya kemudian dihantar ke hospital di sini (HM) namun meninggal ketika dalam perjalanan,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");