Jenayah

Bekas YDP disambung reman hingga Jumaat

SEREMBAN – Seorang bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini, disambung tempoh tahanan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Emysuriana Muhammad Subry selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menetapkan tahanan reman suspek berusia 63 tahun itu yang berakhir hari ini, disambung mulai esok hingga 24 Feb.

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan sebelum ini, bagaimanapun dibebaskan hari ini, dengan jaminan SPRM.

Suspek yang bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Feb lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran di negeri ini, sejak September hingga Ogos 2016.

Dua kontraktor terbabit pula disyaki dianugerahkan beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran berkenaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");