Jenayah

Belukar 4,000 Meter Persegi Hagus Terbakar

Kuala Lumpur: Kawasan belukar seluas 4,000 meter persegi di Jalan 1/125, Bukit Petaling, di sini, terbakar malam tadi.

Kebakaran dikatakan bermula jam 8 malam tadi di kawasan semak berhampiran kawasan letak kereta sebelum mula merebak ke belukar di atas bukit berhampiran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima tujuh panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi.

“Anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, Bukit Jalil dan Tun Razak bergegas ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan belukar seluas 4,000 meter persegi sebelum berjaya dikawal jam 9.45 malam,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");