Perak Hari Ini

Belum Ada Cadangan Tukar Sistem Kupon Parkir

IPOH : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak bercadang untuk menukar sistem kupon parkir kereta yang sedia ada pada ketika ini.

Bagaimanapun, menurut jurucakapnya, pihak MBI mempunyai cadangan untuk menggunakan aplikasi telefon bimbit untuk membayar petak parkir.

Namun, sistem kupon tetap diteruskan.

“MBI ada menyewakan dua jenis petak iaitu Petak Khas dan Petak Kosongkan. Petak-petak ini dicatkan dengan warna kuning di atas petak.

“Penyewa boleh meletakkan kon atau papan tanda ‘Reserve’ untuk melarang kenderaan yang tidak berkenaan menggunakan petaknya,”katanya menerusi satu kenyataan.

MBI berkata lagi, bagi petak-petak yang tidak disewakan, mana-mana pekedai tidak boleh meletakkan kon atau penghalang di atas petak.

MBI berkata lagi, orang ramai boleh menghubungi pihak penguatkuasa untuk aduan.

“Penguatkuasa boleh mengkompaun pekedai tersebut, memindahkan atau merampas kon atau halangan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana menghalang tempat awam,”kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod, jumlah petak letak kereta berkupon di Ipoh adalah sebanyak 19,361 petak parkir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");