Perak Hari Ini

Belum Ada Larangan Guna Bekas Polisterin Di Ipoh

IPOH:Setakat ini masih tiada sebarang larangan dan denda kepada penggunaan bekas makanan polisterin di Bandaraya Ipoh.

Bagaimanapun jelas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man sejak tahun 2016, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan kempen kesedaran bagi memupuk kesedaran terhadap penggunaan barangan itu.

“Sememangnya ia menjadi hasrat MBI untuk melaksanakan teknologi hijau termasuk segi sistem pengunaan harian kempen kesedaran awal penggunaan polistren kepada pengantian bahan lain.

“Malah kempen ini telah dimulakan oleh MBI pada tahun 2016 dan menggalakkan terutamanya di peringkat pengguna, pengusaha kantin supaya menggunakan alternatif baharu selain daripada polisterin,” katanya.

Malah jelasnya kempen tersebut melibatkan semua peringkat umur daripada sekolah hingga peringkat pengeluar.

“Jika tidak mahu menggunakan polisterin mereka digalakkan membawa bekal air sendiri yang boleh digunakan berulang kali sebagai langkah kepada kempen itu,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");