Perak Hari Ini

Beraksi Tanpa Penonton, Perak Tundukkan Melaka

IPOH: Walaupun beraksi tanpa penyokong di tempat sendiri, ianya sama sekali tidak mematahkan semangat skuad Perak The Bos Gaurus (TBG) apabila menang 3-2 menentang Melaka dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Perak mendahului perlawanan apabila gol pembukaan dilakukan oleh Thiago Junio De Aquino pada minit ke-30.

Namun, Melaka tidak menunggu lama untuk menggasak kubu lawan dengan jaringan Jeon Woo Young pada minit ke-43.

Kedudukan seri satu sama sehingga tamat separuh masa perlawanan.

Di babak kedua, TBG terus menambah jaringan apabila Yashir Armando Pinto Islame berjaya membologi gawang gol pihak lawan pada minit ke-63.

Menyedari masa kian suntuk, Melaka terus mengasak dan berjaya menyamakan kedudukan dua sama oleh Izzaq Faris Ramlan pada minit ke-78.

Sebelum wisel penamat dibunyikan, Perak menambah jaringan gol ketiganya oleh Vladislav Mitkov Mirchev pada masa tambahan.

Tiga jaringan gol Perak pastinya membawa kegembiraan kepada para penyokong The Bos Gaurus yang hadir menonton perlawanan itu menerusi layar gergasi di Dataran Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");