Sukan Hari Ini

Beregu negara mara pusingan kedua Masters Thailand

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Masters Thailand selepas mengalahkan pasangan tuan rumah, Sukrit Maunglai-Natdanai Uakoolwarawat semalam.

Mereka yang diletakkan pilihan kelapan kejohanan, mencatat kemenangan straight set 21-12, 21-10 di Stadium Nimibutur, Bangkok.

“Disebabkan ini baru aksi pertama di sini, saya rasa tidak ada masalah buat kami untuk memberikan persembahan terbaik.

“Paling penting kami berjaya mengawal tiupan angin dengan aksi set pertama serta kedua tidak ada banyak berbeza,” kata Juan Shen kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, sebab utama mereka mencatat kemenangan mudah adalah kerana kekal terhadap perancangan asal dan sentiasa fokus dalam setiap perlawanan.

“Bagi perlawanan hari ini saya rasa kami perlu terus fokus dan cuba memberikan aksi terbaik walaupun sekali lagi berdepan wakil tuan rumah (Tinn Isriyanet-Kittisak Namdash),” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Turut mara pilihan keempat dan bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Hoon Thien How-Teo Kok Siang yang mengalahkan satu lagi pasangan tuan rumah, Wachirawit Sothon-Natthapat Trinkajee 21-12, 16-21, 21-9, manakala gabungan Malaysia-Indonesia, Hendra Setiawan-Tan Boon Heong mengalahkan Altof Barriq-Reinard Dhanriano (Indonesia) 21-16, 21-17.

Perseorangan lelaki, Lee Zii Jia turut mara ke pusingan ketiga apabila menumpaskan Kunlavut Vitidsarn (Thailand) 21-8, 21-9 dan akan berdepan pilihan kesembilan dari Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa.

Sementara itu, perseorangan wanita yang juga pilihan keenam Soniia Cheah turut mara apabila mengalahkan wakil tuan rumah, Thamolwan Poopradubsil 21-13, 21-13 di pusingan pertama dan akan berdepan Chen Su Yu dari Taiwan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");