Sukan Hari Ini

Bernhardt bawa skuad tempang ke Vietnam

Kuala Lumpur: Sediapun sekadar membariskan skuad tempang dalam kunjungan ke bandaraya Ho Chi Minh untuk aksi persahabatan antarabangsa berdepan pasukan B-22 Vietnam, Frank Bernhardt enggan melihat anak buahnya menjadi mangsa belasahan apabila turun di Stadium Thong Nhat, malam ini.

Malah jelas sekali pengendali skuad B-22 tahun negara itu, kegagalan mengumpulkan beberapa tonggak utama ekoran tidak mendapat pelepasan daripada pasukan negeri dan kelab di saingan Liga Malaysia (Liga-M) nyata mengecewakannya.

Bernhardt mengakui, berdepan pasukan tuan rumah yang dibarisi ramai pemain utama bukan tugas mudah tetapi beliau tidak sesekali membiarkan skuad kendaliannya dibelasah teruk.

“Saya tidak mahu kami menjadi pasukan belasahan. Apa yang penting kami mahu memberi saingan sengit kepada Vietnam kerana ini peluang terbaik untuk pemain yang jarang diturunkan beraksi sekali gus memikat hati saya.

“Saya lihat pemain bersemangat untuk menghadapi perlawanan ini. Semua orang tidak sabar menanti perlawanan kerana saya dapat melihatnya menerusi sesi latihan yang diadakan,” katanya memetik sumber Harian metro.

Mengulas lanjut mengenai persediaan pemain yang dilakukan dalam tempoh singkat, pengendali dari Jerman itu tidak menafikan beliau sedikit bimbang jika anak didiknya gagal membentuk persefahaman dengan baik sewaktu perlawanan.

“Kami membentuk pasukan ini dalam tempoh yang singkat. Seperti yang semua sedia maklum, saya tidak dapat mengumpulkan pemain terbaik susulan jadual padat Liga-M.

“Keadaan ini sudah pasti merisaukan saya sebab saya khuatir sama ada pemain dapat membentuk keserasian dengan baik sewaktu perlawanan atau tidak.

“Apapun, perkara penting yang saya mahu lihat adalah mengenai kecergasan serta sistem permainan yang kami inginkan dalam pasukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");