Perak Hari Ini

Bot Nelayan Indonesia Hanyut Ke Perairan Malaysia

IPOH : Kapal Maritim Marlin telah menjumpai sebuah bot nelayan Indonesia yang telah hanyut memasuki perairan Malaysia, kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Pangkor, pada petang Ahad.

Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Zulinda Ramly berkata, bot nelayan tersebut ditemui ketika Kapal Maritim Marlin yang berpangkalan di Lumut melakukan rondaan khas dan penguatkuasaan di perairan Malaysia.

“Siasatan awal mendapati bot nelayan Indonesia tersebut telah rosak pada jentera utama dan menyebabkan bot tersebut hanyut bersama seorang tekong dan tiga orang awak-awak yang kesemuanya warganegara Indonesia.

“Bot nelayan tersebut telah berada tujuh hari di laut dan mengalami kerosakan jentera utama pada hari keempat seterusnya hanyut memasuki perairan Malaysia serta hampir kehabisan bekalan makan dan bahan bakar,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, kesemua mereka berada dalam keadaan baik dan selamat.

Zulinda berkata lagi, bot bersama tekong dan awak-awak kemudiannya diiringi pulang ke jeti Pasukan Gerakan Marin dan tiba pada jam 8 malam untuk diserahkan kepada pihak kedutaan Indonesia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");