Sukan Hari Ini

Bottas bukan biasa-biasa

Kuala Lumpur: Juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton telah menjangka bakal berhadapan saingan sengit rakan sepasukan baru, Valtteri Bottas pada musim baru saingan Formula Satu (F1).

Pemandu Mercedes AMG PETRONAS itu berkata, meskipun Bottas baru menyertai ‘keluarga’ pasukan juara dunia itu, dia sememangnya pemandu berbakat.

“Sudah tentu Bottas akan menjadi antara pencabar terdekat. Saya dapat lihat bagaimana dia bekerja keras selama ini untuk berada di kedudukan sekarang.

“Bottas pelumba cukup berbakat dan saya percaya dia mampu menyinar.

“Apapun saya akan cuba membantunya untuk menyesuaikan diri dalam pasukan ini,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Sementara itu, ketua pasukan Toto Wolff berkata, adalah terlalu awal untuk mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada Bottas.

“Walaupun agak lewat untuk mendapatkannya iaitu sekitar Januari, Bottas pelumba berbakat dan mempunyai pengalaman luas dalam perlumbaan F1.

“Dengan pakej terbaik yang kami ada, diharap Bottas dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya.

“Bagi saya ini adalah permulaan kepada karier gemilangnya dan sudah pasti kami mengharapkan sesuatu yang terbaik daripadanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");