Panasnya Hari Ini

Bukan Islam Tak Boleh Menentang RUU 355

KUALA LUMPUR : Orang bukan Islam tidak boleh menentang pindaan Akta 355 kerana ianya bukan urusan mereka, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, sistem kehakiman menjadi sebahagian daripada jalan menegakkan keadilan syariat Islam yang mewajibkan pindaan Akta 355 untuk meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah yang ‘dipenjarakan’ oleh penjajah dahulu.

“Mereka yang menghalangnya adalah menjadi wakil kepada penjajah terhadap umat Islam.

“RUU 355 adalah permulaan bagi melaksanakan sebahagian daripada syariat Islam yang adil kerana dapat menghapuskan halangannya walaupun ianya dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan Hadis.

“Orang bukan Islam tidak boleh menentang kerana ini bukan urusan mereka. Adapun penganut Islam yang jahil adalah berdosa kerana tidak belajar,”katanya menerusi satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Abdul Hadi berkata, peristiwa memperjuangkan RUU355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam di semua lapisan.

“Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran,”kata Abdul Hadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");