Perak Hari Ini

Bukit Aman Juara Kejohanan Ten-Pin Bowling Piala KPN 2017

IPOH : Kontinjen Bukit Aman menjuarai Kejohanan Ten-Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara 2017 yang diadakan di sini, hari ini.

Selain juara keseluruhan, Kontinjen Bukit Aman juga turut memenangi juara keseluruhan pasukan lelaki manakala bagi juara keseluruhan wanita pula dimenangi oleh Kontinjen Selangor.

Sebanyak 20 pasukan dari seluruh negara berentap bagi membawa pulang piala kejohanan.

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan yang mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Senior Assistan Commisional, Datuk Azisman Alias; Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Assistan Commisional Datuk Mastor Mohd Ariff dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Khalid menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Hasnan berkata, PDRM amat mengambil berat aspek kecergasan dan kesihatan warganya.

“PDRM sentiasa menyokong dan menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat ini untuk diamalkan oleh warga pasukan.

“Dengan impak positif yang terhasil daripada amalan tersebut, ia pasti akan menyumbang kepada peningkatan prestasi warga pasukan, terutamanya dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat,”katanya.

Beliau turut mengharapkan agar pembangunan sukan bowling akan terus diberi perhatian oleh Majlis Sukan PDRM khususnya melalui pendedahan kepada kejohanan-kejohanan terbuka.

“Harus diingat, aktiviti kesukanan dapat menerapkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan semangat juang, meningkatkan ketahanan mental, menjalinkan silaturahim dan sebagainya yang boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan dan kerja kita secara khususnya,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");