Membawang Hari Ini

Buku Fattah Amin : ‘Terima Kasih Atas Sokongan Anda Semua’

Nama Fattah Amin terus panas di media sosial walaupun baru sahaja menerbitkan buku 99 Kata-Kata #Qalifmoden yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Bualan hangat itu berlaku berikutan terdapat pelbagai ‘trolls’ mengenai isi kandungan bukunya disebut-disebut netizen sejak ia dilancarkan baru-baru ini.

Hari ini, Fattah Amin menerusi akaun Instagramnya tampil meluahkan perasaannya terhadap ‘serangan-serangan’ netizan kepadanya.

“Salam semua… pertamanya saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang amat dahsyat dari anda semua. Kecoh satu Malaysia sekejap pasal buku saya ni.

“Sejujurnya, buku ‘collective item’ atau ‘merchandise’ saya ini diterbitkan untuk berkongsi kata-kata positif, nasihat dan impian saya untuk menjadi insan yang berguna serta menjadi inspirasi kepada semua,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Pada masa sama, Fattah turut berpesan kepada peminatnya agar terus cuba untuk merealisasikan setiap impian biarpun ia hanyalah kecil.

“Setiap kejayaan bermula dengan sebuah impian.. Teruskan #doayangbaikbaik “and be kind to others”, Insya-ALLAH ALLAH SWT akan mempermudahkan urusan dan perjalanan hidup kita,” katanya.

Ternyata, Fattah tidak mudah melatah dengan setiap komen yang diberikan kepadanya.

Sejak memuat naik status tersebut, peminat Fattah terus memberikan kata-kata semangat untuknya supaya tidak cepat melatah dan sentiasa berdoa pelakon kesayangan mereka itu akan terus sukses dalam bidang seni ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");