Membawang Hari Ini

Cabaran paling besar Fattah Amin

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin kini cuba menggalas tanggungjawab baru iaitu sebagai Eksekutif Produser (EP) bagi drama ‘Dia Anak General’.

Drama 26 episod terbitan A. Aida Production merupakan adaptasi karya Hezzy Azra yang akan ditayangkan di saluran RTM TV2.

Pada masa sama menurut Fattah, dia juga memegang watak utama sebagai pelakon utama iaitu Zhakif.

Ditanya apakah cabaran yang dihadapi sebagai EP dan juga pelakon, anak muda pujaan wanita ini memberitahu cabarannya adalah menggalas dua tanggungjawab dalam satu masa.

“Cabaran dalam drama ini bukanlah pada watak itu, tetapi selaku EP dan pada masa sama saya juga berlakon. Untuk makluman, ini merupakan projek pertama saya dan saya akui ini adalah antara cabaran paling besar dalam melaksanakan dua tanggungjawab sekali gus.

“Sebenarnya tugas EP ini bermula sebelum sesi penggambaran. Saya dan team produksi akan sama-sama buat ‘brain-storming’ mengenai lokasi penggambaran dan juga strategi pemasaran. Dalam pada itu, saya juga akan memastikan setiap jabatan diketuai oleh individu yang tepat.

“Selepas tugasan-tugasan seperti yang disebut tadi selesai, pada waktu penggambaran pula saya akan jadi pelakon semula. Jadi memang saya akui ini adalah satu cabaran berat dalam satu masa,” ujarnya memetik sumber Sinar harian.

Bagimanapun Fattah sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan cabaran yang bakal dihadapi.

Rebut peluang

Menyedari peluang bukan selalunya hadir, anak muda 26 tahun ini tidak mahu mensia-siakan rezeki yang diberikan. Tanpa publisiti, tiba-tiba sahaja Fattah kini bergelar EP.

“Kita guna dan ambil peluang ini sementara rezeki masih ada. Sekarang ini mungkin orang tidak tahu apa yang sedang saya usahakan, tapi tiba-tiba sahaja dah ada produk baru.

“Saya ini seorang yang suka tunjukkan hasil kerja terlebih dahulu kemudian baru saya bercakap, ‘Actions speak louder than words’. Kalau ada yang suka dengan produk saya mereka boleh sokong andai sebaliknya pun saya terima dengan baik,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");