Isu Panas

Cadangan Jadikan Pulau Pinang Sebagai Wilayah Persekutuan Ditolak

GEORGETOWN: Cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berhubung hasrat menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan ditolak oleh kerajaan Pulau Pinang.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan rundingan bagi menjadikan Pulau Pinang dengan Wilayah Persekutuan tidak pernah dibuat.

“Kenyataan yang dibuat Tengku Adnan untuk menyatukan negeri ini di bawah pentadbiran Putrajaya tidak pernah dirunding, malah saya tidak akan bersetuju dengan cadangan itu.

“Saya yakin, negeri yang terbabit dalam cadangan Tengku Adnan itu seperti Kedah dan Melaka juga turut tidak akan setuju dan gembira dengan perkara ini,” katanya, lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut berkata, kenyataan Tengku Adnan untuk menggabungkan Pulau Pinang adalah tidak selaras dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Pulau Pinang adalah negeri yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Mengikut Perkara 1 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, Pulau Pinang adalah antara 13 negeri yang terdiri dalam negeri-negeri persekutuan. Oleh itu, cadangan untuk menggabungkan negeri ini adalah tidak wajar dilakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");