Berita Hari Ini

Cadangan MRSM Berbayar Wajar Dipertimbang

SHAH ALAM : Exco Pusat Persatuan Bekas Pelajar MRSM (Ansara), Mohamad Riadz Mohamad Hashim berkata, cadangan pelaksanaan MRSM berbayar untuk golongan berkemampuan wajar dipertimbangkan.

Ujarnya, langkah itu memberi peluang dan ruang kepada pelajar kurang berkemampuan mengisi tempat di MRSM sedia ada.

“Saya sokong jika MRSM berbayar diwujudkan, kerana tempat dan kuota yang terhad.

“Dengan itu, pelajar daripada golongan berkemampuan juga berpeluang belajar di MRSM berbayar dan tidak mengganggu kuota pelajar kurang berkemampuan di MRSM sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan bekas pelajar MRSM yang kini berjaya dalam bidang masing-masing juga berkeinginan menempatkan anak mereka yang cemerlang di MRSM.

Namun katanya, hasrat itu tidak dapat diteruskan berikutan pendapatan yang melebihi kelayakan.

“Sebagai bekas pelajar, saya juga inginkan anak saya meneruskan pelajaran di MRSM, tetapi disebabkan pendapatan melebihi had ditetapkan, anak saya tidak berpeluang.

“Sekurang-kurangnya dengan adanya MRSM berbayar, anak-anak yang cemerlang ini berpeluang belajar di MRSM, malah sebagai ibu bapa berkemampuan, soal bayaran tentunya tiada masalah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");