Isu Panas

Cadangan PAS Akan Pecah Belahkan Pembangkang

KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan cadangan PAS supaya PKR dan PPBM meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga akan memecah-belahkan pembangkang.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, gabungan ketiga-tiga parti itu tidak membuatkan ia kuat tetapi lebih kepada sebuah parti yang tidak sempurna.

“Rakyat akan lihat ia gabungan tiga buah parti ‘Melayu’ tanpa kaum lain membuatkan ia kelihatan tidak seimbang dan tidak kuat.

“Selain itu, rakyat juga akan melihat ia bukan lagi satu alternatif untuk menggantikan kerajaan memandangkan negara kita ini punyai rakyat berbilang kaum,” katanya, lapor Sinar Harian.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan PPBM meninggalkan Pakatan Harapan dam menyertai blok ketiga.

Katanya, jika kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi menumbangkan BN dalam PRU 14 juga akan lebih terbuka.

Sementara itu, Khalid Samad turut mendakwa bahawa PAS sebelum ini pernah menyatakan syarat jika ingin bekerjasama dengan mereka.

“Jika nak bekerjasama dengan PAS kena ikut cara mereka, jadi jika nak bersama dalam Blok Ketiga maka PKR dan PPBM kena terima Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

“Justeru itu,ia merupakan satu masalah besar bagi PKR dan PPBM jadi saya lihat cadangan tersebut bukan satu yang serius, hanya sekadar untuk memecah-belahkan pembangkang sahaja,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");