Perak Hari Ini

Castella Cafe: Berkelah Di Pinggiran Sungai

GERIK: Menikmati makanan enak sambil kaki bermain air sungai antara pengalaman unik yang dapat anda rasai jika berkunjung ke Castella Cafe di sini.

Menurut pemilik restoran yang lebih mesra dengan panggilan Tok Janggut, cara berkelah di dalam sungai disediakan atas permintaan pelanggannya.

“Kebetulan cafe saya berhampiran dengan sungai dan ramai pelanggan yang ingin berkelah sambil mandi-manda di sungai, jadi kami ketengahkan konsep makan begini,” katanya.

Pelanggan diberi pilihan untuk menikmati hidangan di pondok rehat berhampiran dan boleh juga duduk di meja yang disediakan di pinggir sungai sambil menikmati hidangan ikan sungai yang segar dan enak.

Bercerita mengenai keunikan menu yang ditawarkan, jelas Tok Janggut, Castella menyediakan pelbagai pakej makanan yang boleh dinikmati oleh empat hingga enam orang pada harga RM150.

Hidangan yang diberi nama menu bangsawan Melayu Petani itu turut dihidangkan didalam buluh dan pelanggan juga boleh memilih jenis menu dan ikan sungai mengikut citarasa masing-masing.

“Pelbagai jenis ikan sungai disediakan termasuklah juga ulam-ulaman. Pelanggan juga boleh memilih jika ingin menikmati hidangan selain ikan iaitu ayam dan daging,” katanya.

Tambah Tok Janggut atau nama penuhnya Mohd Isa Ramli,pelanggan diminta supaya membuat tempahan melalui Whatapp terlebih dahulu di talian (011-20503453) atau Facebook Castella Cafe kerana tempat adalah terhad.

Castella Cafe di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti mandi-manda di sungai dan berakit yang dibuka pada jam 12 tengah hari hingga malam.

Turut disediakan penginapan rumah inap (homestay) yang bermula pada harga RM50 bagi satu bilik.

Bagi anda yang ingin merasai suasana santai dan tenang sambil mendengar deruan air sungai yang cukup mengasyikan Castella Cafe pilihan yang terbaik.

Nama Restoran: Castella Cafe
Facebook : Castella Cafe
Alamat: Castella Cafe di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik
No.telefon:(01120503454) Tok Janggut

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");