Membawang Hari Ini

Catriona Tak Sangka Kisah Berat Badan Susut Jadi Viral

KUALA LUMPUR:Pelakon Catriona Ross berkongsi kisah mengenai berat badannya menyusut 17 kilogram (kg) dalam tempoh lima bulan yang sekaligus membawanya kembali ke pentas sensasi dunia hiburan.

Ibu tiga anak ini tidak menyangka berita yang disiarkan beberapa portal hiburan mengenai penampilan terbarunya itu mengundang perhatian ramai, biarpun sudah lama menyepi daripada aktiviti seni.

“Saya tak sangka berita ini menjadi viral. Namun, di sebalik perhatian diberi, saya ada satu harapan yang ingin dikongsi atas apa yang saya usahakan selama ini.

“Saya harap perkongsian mengenai teknik menurunkan berat badan dengan amalan diet dan aktiviti kecergasan akan memberi manfaat.

“Anda yang mahu sihat dan tubuh yang kurus perlu sentiasa percaya kepada diri sendiri,” katanya memetik laporan BH Online.

Catriona atau mesra disapa Cat berpesan, jika mahu mengurangkan berat badan, elakkan diri berlapar sebaliknya lakukan secara sihat dan semula jadi.

“Semoga yang mahu jadi macam saya akan maju jaya. Buat carian melalui Google dan kajilah apa keburukan diet Atkins.

“Jangan ikut cara diet tanpa membuat penyelidikan rapi,” katanya.

Tambahnya lagi, berat badannya sekarang 58kg berbanding 75kg sebelum ini.

Berkongsi langkahnya mengurangkan berat badan, Catriona mengamalkan lima aktiviti utama iaitu mendaki gunung, berenang, mengamalkan diet ‘eat clean’, mengambil makanan kukus dan memakan nasi beras perang.

“Aktiviti mendaki gunung menjadi kegemaran. Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman ekstrem.

“Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");