Sukan Hari Ini

Chong Wei Nafi Keraas Kepala

PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan beliau bersikap besar kepala selepas berang dengan sikap Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen yang seakan tidak sabar mahukannya bersara.

Sabtu lalu, Chong Wei meluahkan rasa marah kepada BAM yang didakwa tidak mengendahkan aduan berkaitan pelapik lantai tempat latihannya, sehingga membuatkannya cedera dan terlepas kejuaraan dunia.

Chong Wei juga mendakwa Frost tidak mengendalikan kecederaannya dengan baik.

“Saya sentiasa menghormati jurulatih dan semua jurulatih pernah melatih saya. Selama 18 tahun bersama BAM saya tidak pernah bergaduh atau membantah kata-kata jurulatih.

“Malah saya terima sesiapa sahaja yang ditugaskan BAM untuk melatih saya, tidak pernah saya buat permintaan khas. Ini bukan soal saya membantah kata-kata ketua jurulatih tetapi saya hanya menyuarakan kekecewaan saya terhadap tindakan Frost,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Ditanya mengenai ada pihak menganggap beliau sudah mula berlagak diva, Chong Wei berkata dirinya tidak pernah bersikap atau mahu menuju ke arah tersebut.

“Besar kepala? Kalau saya nak berlagak begitu, lebih baik saya tak payah turun berlatih sehingga BAM tukar permukaan gelanggang. Tapi saya tetap berlatih kerana sedar ada misi penting di All England yang sememangnya mempunyai nilai penting buat saya berikutan prestijnya.

“Saya sudah di hujung karier tak perlu untuk berlagak hero sekarang. Adakah anda pernah lihat saya marah seperti ini sebelum ini? Dalam soal ini, hati saya memang tercabar oleh sikap Frost,” katanya.

Pada masa sama, Chong Wei akui faktor usia sudah tidak menyebelahi dirinya.

“Saya masih pemain nombor satu dunia pada usia ini. Tiada lagi pemain negara dapat menewaskan saya dan ini bukan gambaran yang baik untuk badminton negara.

“Tak perlu paksa saya bersara kerana saya tau berbuat demikian bila tiba masanya. Percayalah,” kata Chong Wei.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");