Membawang Hari Ini

Cinta Tak Kesampaian

Anggota kumpulan FT Island, Lee Hong Ki memberi kejutan buat peminatnya dengan berita putus cinta dengan kekasihnya, Han Bo Reum, Khamis lalu.

Memetik sumber Harian Metro difahamkan hubungan pasangan itu baru saja bermula sekitar lima bulan lalu dan disahkan secara rasmi pada Disember 2016. Pasangan itu dilaporkan mula serius bercinta pada Ogos 2016.

Pengumuman yang mengecewakan ramai peminat dilakukan Hong Ki melalui video Instagram Live.

Ketika membuat pengumuman itu, vokalis kumpulan itu kelihatan sugul dan hampir menitiskan air mata kerana dipercayai kecewa.

Agensi mewakili bekas pasangan kekasih itu mengesahkan berita itu sebaik Hong Ki membuat pengumuman.

Wakil FNC Entertainment akui berat hati mereka untuk mengatakan hubungan cinta antara Lee Hong Ki dan Han Bo Reum akhirnya putus.

Difahamkan, mereka menamatkan hubungan supaya dapat fokus kepada kerjaya seni masing-masing. Faktor jadual kerja yang agak padat dan kesukaran berhubung antara sebab keputusan itu terpaksa dibuat.

Hal sama dikongsikan Agensi Key East mewakili Han Bo Reum. Dalam kenyataannya mengatakan mereka berdua terlalu sibuk dengan kerjaya seni yang sedang mekar pada masa ini.

Dalam dunia hiburan Korea, alasan kesibukan dan jadual padat adalah perkara biasa dalam kalangan pasangan selebriti putus cinta.

Biarpun kadangkala ia seolah-olah alasan tidak boleh diterima akal, faktor jarang berjumpa sering dijadikan alasan untuk pasangan putus cinta.

Pasangan kekasih ini mula bertemu dalam program saluran SBS, Modern Farmer pada 2014. Selepas itu, mereka berkongsi minat sama dalam sukan boling dan dilihat sering melakukan aktiviti sukan itu secara santai sama ada berdua-duaan atau dengan teman rapat.

Sebelum berita itu tercetus, Lee Hong Ki pernah berkongsi impian yang mahu dicapai untuk 2017 ketika siaran radio KBS CoolFM, Lee Hong Ki’s Kiss The Radio pada 26 Januari lalu.

Dalam sesi itu, dia turut mengundang tiga tetamu lain, Park Jae Jung, Hyojung dan No Ah Ram.

No Ah Ram mendedahkan dia mahu menjadi lebih sihat dengan melakukan aktiviti senaman di gimnasium, manakala Hyojung pula mahu belajar memasak dan membuat kek.

Lee Hong Ki mula dikenali sebagai DJ radio mahu menjadi lebih sihat tahun ini seperti No Ah Ram. Malah berhasrat untuk kembali ke kerjaya asalnya.

Katanya, dia mahu serius bekerja tahun ini dan memberikan sepenuhnya untuk kembali menyanyi seperti dulu.

Kenyataannya itu berkait rapat dengan sambutan ulang tahun ke-10 kumpulan FT Island sejak kembali dengan single baru pada musim panas lalu.

Kumpulan muzik bergenre pop dan rock itu dalam proses melancarkan album terbaru sebagai menghormati pencapaian mereka selama ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");