Sukan Hari Ini

Conte Bakal Ditawar Gaji Sekali Ganda Jika Chelsea Juara EPL

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich difahamkan bakal menyediakan kontrak baharu yang lebih baik buat pengurus Antonio Conte sekiranya beliau boleh membuatkan pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Memetik sumber Mail Online, sekiranya Chelsea bergelar juara, ia merupakan gelaran kelima dalam tempoh 13 tahun buat Abramovich.

Ia juga akan melepasi sasaran Conte untuk menjadi empat teratas dan menamatkan musim pertamanya dengan pencapaian yang luar biasa.

Conte mendapat bayaran £6.5 juta (RM36.03 juta) setahun dan beliau baharu sahaja berkhidmat selama lapan bulan menerusi kontrak tiga tahun yang ditandatanganinya tahun lalu.

Bagaimanapun, khabar angin hangat memperkatakan bahawa hartawan itu sedia menawarkan bayaran hampir sekali ganda kepada Conte.

Setakat ini, pengurus Manchester United, Jose Mourinho dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola merupakan pengurus yang mendapat bayaran paling tinggi dalam bola sepak Inggeris, dianggarkan kira-kira £15 juta (RM83.14 juta) setahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");