Sukan Hari Ini

Conte label Chelsea miliki mentaliti juara

LONDON: Antonio Conte menegaskan barisan pemain Chelsea memiliki mentaliti pemenang untuk kekal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Pengurus The Blues itu melihat pasukannya meratah Swansea 3-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi dan seharusnya berterima kasih kepada gol daripada barisan bintangnya dari Sepanyol, Cesc Fabregas, Pedro dan Diego Costa.

Chelsea kini 11 mata mendahului saingan liga.

Conte berkata: “Saya bernasib baik kerana mempunyai ramai pemain yang pernah menjulang liga sebelum ini. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. “Kami berhak berada di puncak dan kami mahu kekal di sana.

“Soal sama ada kami mampu memenangi gelaran liga, saya tidak pasti tetapi apa yang pasti kami mahu kekal di posisi ini.

“Kami bermain bola sepak yang menarik ketika ini dan berjaya menjaringkan banyak gol.

“Percayalah, saya gembira dengan situasi ini kerana pemain berhak untuk ini.

“Ia bukannya mudah untuk mengekalkan fokus sepanjang kejuaraan, tetapi kalau saya melihat mereka tenang saya akan beritahu mereka.”

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");