Sukan Hari Ini

Conte Rasa Dirinya Masih Belum Selamat

PENGURUS pasukan Chelsea, Antonio Conte menganggap dirinya masih belum selamat sekalipun berjaya membawa pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Melihat prestasi Chelsea yang konsisten ketika ini, Conte bagaikan seperti sudah memegang trofi Liga Perdana Inggeris dan bakal mencatatkan sejarah epik di debutnya sebagai pengurus kelab Inggeris.

Bagaimanapun, pengurus itu mengerti bahawa pekerjaan sebagai pengurus di kelab Inggeris ini membahayakan dan tekanannya begitu luar biasa.

Sejak 2010, tidak ada pengurus yang berjaya memberikan trofi Liga Perdana Inggeris terselamat dari pemecatan.

Carlo Ancelotti dipecat di musim keduanya biarpun membawa Chelsea juara di 2010.

Selain itu, Manuel Pellegrini juga diberhentikan di musim ketiganya sekalipun membawa Manchester City juara di musim 2014.

Bahkan, Jose Mourinho yang membawa Chelsea jadi juara di 2015 juga kehilangan jawatannya di pertengahan musim lalu dan yang terbaru adalah Claudio Ranieri.

“Penting sekali untuk memulakan musim dengan baik, tapi saya sudah siap menghadapi risiko musim depan. Saya dan pemain sangat fokus untuk ini.

“Masih ada baki 13 perlawanan dan kami ingin tetap bertahan di puncak liga.

“Saya siap mengambil risiko itu kerana itu ertinya kami akan jadi juara liga!,” katanya, lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");