Jenayah

Cubaan Curi Lembu Tak Menjadi

KAMPUNG RAJA: Seorang lelaki tidak sempat menikmati hasil jualan lembu curinya selepas perbuatannya disedari pemilik lembu dalam kejadian di Kampung Seri Nangka, Gong Kepas Dalam, Ahad lalu.

Memetik sumber Sinar Harian pemilik lembu itu berjaya menemui semula haiwan peliharaannya yang hilang di dalam semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Seri Nangka dekat Kampung Gong Kepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum itu mangsa yang berusia 44 tahun telah mengurung empat ekor lembu peliharaannya di dalam kandang yang terletak di belakang rumahnya kira-kira jam 6.30 petang Sabtu di Kampung Seri Nangka.

Menurutnya, kira-kira jam 3 pagi keesokannya, mangsa dikejutkan oleh jirannya memberitahu lembu dicuri orang.

“Mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah itu kemudiannya menemui lembunya telah diikat di dalam semak berhampiran sebuah rumah di kampung sama,” katanya.

Malah jelasnya, sebuah van jenis Nissan Vanette turut dijumpai tidak jauh dari tempat lembu dijumpai dipercayai digunakan suspek untuk memuatkan lembu tersebut.

“Susulan penemuan itu, seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai terlibat melarikan lembu tersebut berjaya diberkas.

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah sementara semakan ke atas van dipercayai kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Kuala Krai, Kelantan tahun lepas.

“Selain van, turut dirampas sebuah motosikal jenis Yamaha 135L dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam kes berasingan, seorang remaja 18 tahun cedera dipukul dengan besi dan kabel brek motosikal oleh dua lelaki dikenali dalam kejadian di Taman Selasih, Kampung Padang Landak, dekat Jertih jam 7.30 petang Sabtu lalu.

Mohd Zamri berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di taman perumahan itu didatangi dua lelaki dikenali meminta wang daripada mangsa.

“Suspek bertindak memukul selepas mangsa tidak memberikan wang seperti yang diminta. Sebelum meninggalkan tempat kejadian, suspek mengambil RM20 daripada mangsa,,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");