Jenayah

Curi Barang Pelancong, Suami Isteri Dipenjara

Melaka: Sepasang suami isteri dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam, atas kesalahan mencuri barang seorang pelancong, awal Februari lalu.

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Fader Ismail, 34, dan Nor Syakina Mhd Zin, 25, selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama didakwa dengan niat curang mencuri beg mengandungi kamera jenama Olympus berwarna merah, seutas jam tangan dan beberapa keping kad memori bernilai kira-kira RM1,200 milik Egidio Eros Mauro.

Harian Metro melaporkan, kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah tumpangan di Kampung Hulu pada jam antara 12.10 tengah malam hingga 3 pagi, 8 Februari lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");