Perak Hari Ini

Curi Kabel : Kerajaan Negeri Enggan Berkompromi

IPOH : Kerajaan negeri akan berbincang secara serius melibatkan pelbagai agensi yang berkaitan termasuklah pihak Polis bagi membendung kejadian kecurian kabel di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau telah menekankan perkara tersebut berulang kali berkaitan berikutan ia adalah demi kepentingan awam dan harta kemudahan awam perlu dijaga secara bersama.

Ujarnya lagi, kegiatan mencuri kabel telekomunikasi yang berleluasa di negeri ini juga merupakan antara punca isyarat telefon dan internet di negeri ini agak lemah.

“Masalah kecurian kabel di negeri ini agak serius dan bagi tahun 2016, sebanyak 1,359 kes telah dilaporkan dan ini merupakan satu jumlah yang besar.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan tindakan ini kerana ia telah menimbulkan masalah kepada orang awam dan kita menganggap talian telekomunikasi ini adalah infrastruktur kepada rakyat,”katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, hari ini.

Dalam masa yang sama, Zambry turut menghargai tindakan pihak Polis yang mengambil langkah pantas bagi membanteras kegiatan ini.

“Apabila berlaku kes seperti ini, ianya memberi kerugian kepada orang ramai. Dari segi keperluan orang ramai untuk menggunakan talian komunikasi.

“Sekarang dunia internet, orang ramai menggunakan Wi-fi dan sebagainya dan ia terjejas sama sekali,”katanya.

Minggu lalu, Zambry turut mengejar pencuri kabel sewaktu pulang dari masjid selepas menunaikan solat Subuh di Manjung.

Bagaimanapun, suspek yang memakai pakaian seperti pekerja syarikat telekomunikasi itu berjaya melarikan diri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");