Jenayah

Dadah : Bapa Dijatuhkan Hukuman Gantung

MUAR : Seorang bapa dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Cannabis seberat 657gram, pada Mac tahun lalu.

Pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu kepada R Karuppusamy, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Muhammad Jamil dalam penghakimannya berkata, keterangan tertuduh sebelum ini yang mengakui tidak mengetahui kewujudan kotak hitam mengandungi dadah adalah jelas penafian semata-mata kerana kotak berkenaan ternyata milik tertuduh.

“Tindakan tertuduh yang melarikan diri ke atas siling di sebuah rumah beralamat Nombor 46, Jalan Sutera 2/6, Taman Puteri, Kluang dengan membawa kotak berkenaan untuk disorokkan membuktikan bahawa tertuduh mengetahui isi kandungan beg tersebut.

“Dengan ini jelas membuktikan bahawa pihak pembelaan telah gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan dengan ini, saya mendapati tertuduh bersalah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Bapa kepada tiga anak yang juga bekas kelindan lori besi ini bagaimanapun kelihatan tenang ketika mendengar keputusan yang dibacakan oleh Muhammad Jamil.

Terdahulu, kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Salmi Hamdan Sabran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");