Isu Panas

Dakwaan Pos Malaysia Rugi Perlu Dipandang Serius – Pemuda UMNO

SHAH ALAM :Dakwaan Pos Malaysia kerugian RM540 juta oleh bekas Pengerusinya Tan Sri Adam Kadir, perlu dipandang serius, kata Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Ujarnya, desakan penubuhan suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat punca kepada dakwaan tersebut tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana telah menyebabkan kerugian wang rakyat dengan jumlah yang besar.

“Saya rasa pengakuan itu perkara yang perlu dipandang serius dan bukan boleh diketepikan. Ini kerana dakwaan Tan Sri Adam sendiri, bahawa wujudnya tangan ghaib menyebabkan kerugian yang begitu besar,” katanya, semalam.

Menurutnya, pendedahan itu baru diketahui umum, maka wajarlah siasatan dilakukan.

“Pemuda Umno mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pihak kerajaan mengenai isu ini

“Jika diminta RCI, mungkin boleh dipertimbangkan. RCI adalah platform terbaik untuk membuktikan dakwaan tersebut,” ujar Nazir.

Semalam, bekas Pengerusi Pos Malaysia sejak 2005 hingga 2008, Tan Sri Adam mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat kelumpuhan saham Transmile Berhad yang dibeli Pos Malaysia pada 2007.

Adam mendakwa, Pos Malaysia pada masa itu telah memutuskan untuk menjual 40 juta saham yang dibeli daripada Transmile Berhad dengan harga RM14 seunit, menjadikan jumlahnya RM560 juta, namun telah dihalang oleh ‘tangan ghaib’ sehingga menyebabkan kerugian yang besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");