Membawang Hari Ini

Danny X-Factor jadi pemandu Uber

Saban hari bilangan pemandu teksi moden yang berasaskan penggunaan aplikasi alat peranti seperti Uber dan Grab semakin bertambah terutama di kota raya.

Memetik laporan Harian Metro, pemandu terbabit datang daripada pelbagai kaum, usia, latar belakang kerjaya dan kelulusan akademik. Ada memandu sepenuh masa, secara sambilan dan tidak kurang sekadar suka-suka.

Baru-baru ini, pengguna kepada servis berkenaan terkejut dan gembira melihat pemandu teksi yang datang menjemputnya di pejabat.

Rupa-rupanya pemandu itu adalah Danny bekas anggota boyband X-Factor.

Eh, bukankah sebelum ini Danny ada bisnes seperti menguruskan syarikat produksi dan menjadi ‘event organiser’?

Danny bercerita bahawa dia hanya menjadi pemandu teksi moden itu sekadar hobi serta bersifat sambilan sahaja.

Kata Danny, dia masih menguruskan syarikatnya, Double Channel Sdn Bhd, cuma apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin, ‘terbang di awan’ sebagai pramugari, dia berasa agak bosan duduk di rumah.

Oleh itu, dia pun membuat keputusan untuk menjadi pemandu teksi.Tindakan itu adalah satu contoh yang baik apabila sekurang-kurangnya Dannny dapat juga duit minyak tambahan saban minggu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");