Membawang Hari Ini

Dikutuk ‘Kayu’ Beri Inspirasi FatahAmin Hasil Buku Kata-Kata

KUALA LUMPUR: Pelakon Fattah Amin tampil berkongsi kata-kata yang memberi inspirasi kepadanya sepanjang bergelar anak seni dalam sebuah buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin.

Fattah, 27, berkata, antara kata-kata istimewa yang dikongsi adalah berkaitan lakonannya sebelum ini pernah dikritik sebagai kayu.

“Buku ini terdapat kata-kata yang memberi semangat kepada saya dan saya kumpulkan sejak bergelar anak seni.

“Saya mahu berkongsi dengan peminat supaya mereka turut mendapat inspirasi daripada buku ini. Antara kata-kata yang paling saya ingat ialah berkaitan dengan lakonan. “Dulu saya pernah dikritik seperti kayu, tapi kayu lagi lama lagi bernilai,” ujarnya memetik laporan mStar Online.

Malah tambahnya idea menghasilkan buku tersebut dilakukan sejak tiga bulan yang lalu.

“Saya mengambil masa tiga bulan untuk kumpul semua kata-kata saya dan kata-kata orang luar kepada saya yang memberi semangat.

“Saya juga berharap ia berguna kepada orang lain ketika mereka berasa kurang bersemangat untuk menjalani kehidupan,” ujarnya.

Fattah juga berkata setiap pembelian buku tersebut turut menerima sebuah cekera padat yang memuatkan single pertamanya ‘Wanita Terakhir’ versi akustik dan original.

Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM50.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");