Jenayah

Ditikam Lelaki Tak Dikenali

ALOR GAJAH: Seorang wanita cedera di bahagian perut selepas dipercayai ditikam lelaki tidak dikenali di rumahnya kira-kira jam 3.30 petang emalam.

Dalam kejadian di Jalan Makmur di Kampung Panchor di sini itu, Nurul Aimi Rahman, 26, cedera di perut selepas ditikam seorang suspek warga tempatan yang dipercayai menyelinap masuk ke rumah mangsa untuk menyamun.

Difahamkan, suspek berada di dalam kediaman berkenaan sebelum mangsa pulang dari rumah bapanya di Taman Seri Pengkalan, dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, berkata berdasarkan keterangan awal, mangsa memaklumkan tiba di rumahnya kira-kira jam 2.30 petang dari rumah bapanya.

“Mangsa membuka pagar di dapur untuk menyidai pakaian sebelum ke biliknya bagi mengambil penyangkut baju. “Ketika itu, suspek tiba-tiba meluru keluar dari bilik dan terlanggar mangsa lalu menikamnya sebelum melarikan diri.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai menggunakan pisau sepanjang enam sentimeter (cm) yang diambil dari dapur rumah mangsa dan mangsa ditikam di perut sedalam dua cm,” katanya, lapor Berita Harian.

Katanya, usaha mengesan suspek giat dijalankan.

“Mangsa kini mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Melaka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");