Jenayah

Dosa RM26

Bukit Mertajam: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah. Itulah perumpamaan yang sesuai dengan remaja lelaki yang bertindak melarikan tabung derma Masjid Haji Saad, Tanah Liat, di sini, pagi Selasa lalu.

Memetik sumber Harian Metro, hasil kecekapan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT), remaja berusia 18 tahun ditahan ketika menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu di Jalan Permatang Rawa, di sini, jam 5.30 petang kelmarin.

Difahamkan, remaja itu masuk ke masjid jam 4.51 pagi Selasa lalu dan memasukkan tabung derma masjid ke dalam plastik hitam sebelum melarikannya.

Bagaimanapun, remaja itu yang bertindak seorang diri tidak menyedari gerak gerinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di masjid berkenaan dan kecurian itu disedari bendahari masjid selepas solat Subuh sebelum membuat laporan polis.

Rakaman CCTV itu menunjukkan wajah suspek dan motosikal digunakan namun tidak mengecam nombor pendaftaran digunakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");