Jenayah

Dua Lelaki Didakwa Terlibat Dalam Penggubahan Wang Haram

SEREMBAN – Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM 1.5 juta.

Tertuduh Mohd Liza Azmie Md Darus, 47, yang bekerja sebagai tukang gunting rambut berdepan 10 pertuduhan manakala Md Shah Shairie Abdul Rahman, 34, yang kini sedang menjalani hukuman penjara berdepan 12 pertuduhan.

Kedua-duanya mereka mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan hakim, Fatiyah Idris dan G.Ramesh.

Mengikut pertuduhan dihadapi Mohd Liza antara 12 Ogos 2014 sehingga 20 Jan 2016, dia dituduh melibatkan diri dengan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM300,000 dan menggunakan wang hasil daripada aktiviti itu yang jumlah keseluruhan RM265,518.

Malah dia turut menerima RM55,000, memiliki wang tunai berjumlah RM283,270 dan harta alih RM86,100 termasuk barangan kemas hasil daripada aktiviti itu.

Manakala Md Shah Shairi pula antara 20 Mei 2015 sehingga 25 Mei 2015 dituduh menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram untuk pembelian hartanah yang jumlah keseluruhan RM594,500.

Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001(Akta 613) dan dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebih 15 tahun atau denda maksimum RM5 juta atau kedua-duanya.

Hakim membenarkan Mohd Liza diikat jamin RM150,000, manakala Md Shah Shairie pula RM100,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes 6 April ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Perlucutan Hasil Jenayah Jabatan Peguam Negara, Nur Ashikin Mokhtar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");