Jenayah

Duta Besar Malaysia Ke Korea Utara Elak Temui Media

SEPANG: Duta Besar Malaysia di Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad dilihat tiba di tanah air sebentar tadi, bagi proses rundingan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.37 pagi dengan pesawat Malaysia Airlines dari Beijing memetik laporan Berita Harian.

Bagaimanapun, usaha petugas media untuk menemuramah beliau tidak berhasil kerana difahamkan beliau meninggalkan KLIA tidak menggunakan pintu biasa, sama ada di Pintu Ketibaan Antarabangsa atau Bilik Khas Orang Kenamaan.

Terdahulu sejak jam 7 pagi tadi, petugas media tempatan dan antarabangsa telah menunggu ketibaan Mohamad Nizan yang berangkat dari Pyongyang semalam, sebelum transit di Beijing.

Isnin lalu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan, selain mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol, memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Jong-nam.

Sementara itu, jurucakap Wisma Putra berkata, pihaknya belum mendapat kepastian bila duta berkenaan akan dipanggil untuk proses perundingan berkenaan, dan memberitahu akan memaklumkan media mengenai sebarang perkembangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");