Membawang Hari Ini

Eshaal Anugerah Terindah Untuk Akim

Tatkala terdengar bait-bait lirik lagu Anugerah yang menjurus kepada kasih sayang keluarga, para penonton mula menghayatinya dengan lebih mendalam.

Tambahan pula, ia dinyanyikan oleh penyanyi, Akim Ahmad yang baharu sahaja menimang cahaya mata, baru-baru ini hasil perkahwinan dengan penyanyi, Stacy.

“SAYA tujukan lagu Anugerah ini buat anak saya, Eshaal Afiq Hakim kerana dia merupakan anugerah terindah buat diri saya,” berikut merupakan luahan ikhlas penyanyi Akim Ahmad sewaktu Konsert Akim & The Majistret, semalam.

Sementara itu, mereka juga sempat menyanyikan lagu-lagu popular dari kumpulan lain seperti Hyper Act, Sofaz, Sixth Sense dan lagu solo Akim sendiri.

“Tujuan kami menyanyikan lagu-lagu dari kumpulan ini kerana ahli yang sedia ada ini merupakan bekas ahli kepada kumpulan-kumpulan tersebut.

“Kami kemudiannya bersatu dan muncul lah Akim & The Majistret yang anda kenali sekarang,”katanya ketika konsert berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas.

Para penonton juga kemudiannya dikejutkan dengan persembahan lagi-lagu medley yang membawa kembali nostalgia lama dengan lagu-lagu seperti Bunga Melur, Sejarah Mungkin Berulang, Penantian dan Kamelia oleh kesemua ahli kumpulan tersebut.

Selama dua jam konsert berlangsung, para penonton juga disajikan dengan senda gurau mereka di atas pentas menunjukkan keakraban kumpulan tersebut.

Beliau juga turut membuat satu persembahan menyanyikan lagu berbahasa Kantonis bertajuk, Hoi Fut Tin Hung.

“Kalau anda semua nak tahu, sebelum demam Kpop (Korean Pop) melanda negara, muzik Jpop (Japanese Pop) datang dulu tetapi sebelum itu lagi, kita ada Kanto Pop (Kantonis Pop),”katanya.

Sebelum konsert berakhir, Akim sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga kepada ahli keluarga yang hadir menyokong.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, mertua saya, isteri saya dan semestinya anak kami kerana sokongan ini.

“Serta kepada peminat-peminat yang menyokong kami, Akim & The Majistret , terima kasih banyak-banyak kerana hadir pada malam ini,”katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");