Sukan Hari Ini

FAM gantung, denda Westwood angkara celupar

KUALA LUMPUR: Pengendali Pulau Pinang Ashley Westwood digantung empat perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil.

Westwood yang juga bekas pelatih akademi Manchester United didapati bertindak keterlaluan ke atas pengadil ketika aksi Liga Super bertemu Perak di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, 27 Januari lalu.

Berita Harian melaporkan, tiga tuduhan dikenakan ke atasnya mengikut Perkara 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM, iaitu salah laku terhadap pegawai perlawanan yang dibaca bersama dengan Perkara 59 (a) kod yang sama iaitu kelakuan menyinggung dan ‘Fair Play’.

Pengerusi Jawatankuasa Tataterbib FAM, Datuk Kang Hwee Gee, berkata Westwood turut didapati bersalah kerana melanggar Perkara 50.1 (c) kod sama iaitu salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan.

“Susulan itu, jurulatih kelahiran England berusia 40 tahun itu digantung empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan FAM.

Hukuman penggantungan secara automatik itu membabitkan aksi ketika Pulau Pinang tumbang 1-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu, 4 Februari lalu.

Sehubungan itu, Westwood masih perlu menjalani hukuman berkenaan bagi aksi menentang Sarawak pada Sabtu ini, diikuti aksi dengan Pahang (18 Februari) dan Kedah (25 Februari).

Westwood juga didenda sebanyak RM2,000 selain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");